Sivasangari,, S and H, Van Rostenberghe and Wan Ibrahim, Wan Pauzi
(2003)
Keberkesanan penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan lntravena
pada pesakit neonat di wad Unit Rawatan lntenslf Neonat (NICU), Hospital
Unlversiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Latarbelakang: Septik neonat adalah berhubungkait dengan morbiditi dan
mortaliti yang sangat tinggi. Penggunaan opsite adalah merupakan satu
perawatan asas kejururawatan bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan
neonat terutamanya yang mempunyai tusukan intravena bagi mengelak daripada
kejadian infeksi serta mengurangkan kadar perkembangan septik neonat.
Kesukarannya adalah disebabkan ciri - ciri klinikal yang lemah dan tidak spesifik.
Objektif:
1. kenalpasti keberkesanan penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan
intravena pada neonat baru lahir di wad NICU, HUSM.
2. kenalpasti jumlah kes kejadian infeksi berkaitan dengan penggunaan tusukan
intravena pada neonat baru lahir di wad NICU, HUSM.
Metadologi: Corak kajian telah digunakan adalah 'Randomized Control Trial'.
Dua ratus lima puluh bayi baru lahir telah masuk ke wad NICU di HUSM pada bulan Ogos hingga November 2002 telah diambil sebagai data kajian. Sampeldikumpul dengan mengikut cara 'Block Random'. Sampel dibahagikan kepada 2
kumpulan iaitu sebanyak 125 pesakit neonat dengan menggunakan opsite dan
125 pesakit neonat tanpa menggunakan opsite dalam penjagaan tusukan
intravena. Demi menganalisa data kaedah 'Chi Square' dan 'Multiple Logistic
Regression' telah digunakan dengan bantuan SPSS 1 0.0 mana kala P<0.005.
Keputusan: Penggunaan opsite dalam penjagaan tusukan intravena pada
pesakit neonat di NICU adalah berkesan (P<0.001 ). Sebanyak 5.6o/o (n = 125)
yang menggunakan opsite, mendapat infeksi berbanding sampel yang tidak
menggunakan opsite, 28.8°/o (n = 125) mendapat infeksi. Sebanyak 40% (n=6/
15) dalam kumpulan dengan penggunaan opsite berbanding 41 o/o ( n=27/66)
sampel tanpa penggunaan opsite yang menggunakan ventilator mendapat
infeksi. Manakala bayi pramatang pula 4.9o/o (n=5/23) dalam kumpulan
penggunaan opsite berbanding 28.2°/o (n=20/36) mendapat infeksi. Walau
bagaimanapun dengan menggunakan kaedah 'Statistical Methods' 'Multiple
Logistic Regression', penggunaan opsite adalah signifikan bagi bayi yang
menggunakan ventilator dan juga bayi pramatang kerana penggunaan tanpa
opsite menjadi pembolehubah be bas (independent variable).
Kesimpulan:
Secara Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
penggunaan opsite adalah amat berkesan dan berefektif dalam penjagaan
tusukan intravena pada pesakit neonat di NICU.
Actions (login required)
|
View Item |