Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Pencapaian Dan Pengetahuan Geografi, Motivasi Dan Perlakuan Inkuiri Pelajar Berbeza Pencapaian: Satu Kajian Eksperimen

Mohamed, Nik Mohd Zaki Bin Nik (2013) Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Terhadap Pencapaian Dan Pengetahuan Geografi, Motivasi Dan Perlakuan Inkuiri Pelajar Berbeza Pencapaian: Satu Kajian Eksperimen. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (152kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri terhadap prestasi pencapaian geografi pelajar, pengetahuan geografi, perlakuan inkuiri dan motivasi kumpulan pelajar berbeza pencapaian. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara dengan reka bentuk faktorial 3 x 2. Lima orang guru dan 150 orang pelajar daripada tiga buah sekolah di daerah Bera, Pahang terlibat dalam kajian ini. Kumpulan eksperimen telah diberikan olahan pengajaran menggunakan dua model inkuiri iaitu Kitar Pembelajaran 5E dan Inkuiri Geografi 5W. Kumpulan dengan olahan pembelajaran selain inkuiri berfungsi sebagai kumpulan kawalan. Data untuk mengukur pencapaian dan pengetahuan geografi pelajar dalam satu topik pengajaran yang identikal diperoleh menggunakan instrumen ujian. Data berkaitan tingkah laku inkuiri pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran diperoleh menggunakan Inquiry Observation Protocol. Selain itu, satu set borang soal selidik digunakan untuk memperoleh data motivasi pelajar yang telah menerima olahan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Dari aspek prestasi pencapaian geografi, analisis ANCOVA dua hala menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan olahan dan perbezaan pencapaian pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat kesan interaksi yang signifikan antara faktor utama kaedah pengajaran dan perbezaan pencapaian pelajar ke atas prestasi pencapaian geografi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 02 Aug 2019 07:48
Last Modified: 02 Aug 2019 07:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45162

Actions (login required)

View Item View Item
Share