Konsep Al-Quwwah Al-Insaniyyah Dari Perspektif Al-Qur’aN Dan Al-Hadith: Analisis Program Rakan Siswa

Said, Mohamad Hilmi Mat (2013) Konsep Al-Quwwah Al-Insaniyyah Dari Perspektif Al-Qur’aN Dan Al-Hadith: Analisis Program Rakan Siswa. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (802kB) | Preview

Abstract

Al-Qur’a>n al-Kari>m merupakan mukjizat teragung yang dianugerahkan Allah s.w.t ke atas baginda Rasulullah s.a.w. Ia merupakan sebuah kitab yang tiada sebarang keraguan dan berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia ke jalan kebenaran. Al-Qur’a>n seharusnya menjadi rujukan utama dalam kehidupan. Dewasa ini pelbagai permasalahan sosial timbul dalam kalangan pelajar dan remaja termasuklah golongan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti, menganalisis dan merumuskan konsep-konsep asas al-quwwah al-insa>niyyah berdasarkan al-Qur’a>n untuk membangunkan suatu program bagi meningkatkan prestasi pembangunan insan . Konsep al-quwwah al-insa>niyyah bermaksud ciri-ciri keinsanan yang memiliki kekuatan dan kemantapan diri, kesungguhan dan ijtihad yang jitu, keutuhan jati diri, berpengetahuan, bertamadun, mencintai kebaikan, keamanan, bertanggungjawab, rela berkorban, bersiap siaga dalam menempuh cabaran, dugaan dan rintangan yang mendatang. Ia mencakupi seluruh aspek rohani, akal dan emosi serta jasmani sehingga membentuk sahsiah dan peribadi sebagai insan sempurna (insa>n ka>mil). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis Modul RAKSI yang menjadi tulang belakang kepada kemahiran insaniah para graduan UMP dan melakukan penambahbaikan terhadap modul tersebut berkonsepkan al-quwwah al-insa>niyyah berasaskan al-Qur’a>n. Hasil kajian ini juga bakal menjadi rujukan kepada modul-modul pembangunan sahsiah yang boleh diguna pakai oleh institusi-institusi kerajaan mahupun swasta. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah kaedah kepustakaan di samping proses pengumpulan data menerusi bukti-bukti dokumen. Data-data ini dianalisis secara deskriptif menggunakan pendekatan metode analisis data secara induktif dan deduktif untuk membuat rumusan. Natijahnya modul yang menerima penambahbaikan secara bersepadu berteraskan konsep al-quwwah al-insa>niyyah ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan diri mahasiswa menjadi insan yang gemilang sahsiah peribadi dan memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang pengkhususan yang diceburi.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 31 Jul 2019 08:42
Last Modified: 31 Jul 2019 08:42
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45122

Actions (login required)

View Item View Item
Share