Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Awal Kanak-Kanak (Ikbak)

Hanapi, Haslina (2013) Pembinaan Instrumen Kesediaan Belajar Awal Kanak-Kanak (Ikbak). PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (536kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji Kualiti Psikometrik Instrumen Kesediaan Belajar Awal Kanak-kanak (IKBAK) dalam mengukur kesediaan belajar kanak-kanak dalam kerangka Rasch Model berdasarkan: (a) Analisis Item Polarity; (b) Analisis Kebolehpercayaan; (c) Analisis Kesesuaian Item (Item Fit); (d) Analisis Taburan Aras Kesukaran Item dan Kebolehan Individu; dan (e) Analisis Undimensionality. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti profil pelajar berdasarkan skala merentas perbezaan jantina dan jenis prasekolah menggunakan analisis varian (ANOVA) satu hala dengan mengaplikasikan analisis Turkey dan Post-Hoc. Penyelidikan ini telah dijalankan terhadap prasekolah ANNEX, Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT), Tadika KEMAS, dan Tabika PERPADUAN yang terdapat di Daerah Besut, Terengganu, dan melibatkan 500 sampel. Dapatan menunjukkan terdapat 70 item telah dikekalkan dalam IKBAK setelah analisis Rasch dilakukan dengan: (a) 15 item bagi Kesejahteraan Fizikal; (b) 18 item bagi Kemahiran Berbahasa; (c) 19 item bagi Kemahiran Kognitif; dan (d) 18 item bagi Perkembangan Bersosial. Hasil analisis antara kumpulan jenis prasekolah bagi skala kesediaan belajar menunjukkan kanak-kanak dari prasekolah ANNEX mempunyai min logits yang tinggi bagi dua skala kesediaan belajar iaitu skala Kemahiran Berbahasa dan Kemahiran Kognitif, berbanding Tadika KEMAS, Tabika PERPADUAN dan Tadika YIT. Manakala kanak-kanak dari Tadika YIT pula mempunyai nilai min logits yang tinggi bagi Kesejahteraan Fizikal dan Perkembangan Bersosial, berbanding kanak-kanak dari Presekolah ANNEX, Tabika PERPADUAN dan Tadika YIT. Secara perbandingannya, kanak-kanak dari Tabika PERPADUAN menunjukkan min logits paling rendah dalam kebanyakan semua skala iaitu Kesejahteraan Fizikal, Kemahiran Berbahasa, Kemahiran Kognitif, dan Perkembangan Bersosial bagi kesediaan belajar kanak-kanak. Analisis juga menunjukkan kanak-kanak lelaki mempunyai min logits yang tinggi bagi dua skala kesediaan belajar iaitu skala Kemahiran Berbahasa dan Perkembangan Bersosial, berbanding kanak-kanak perempuan. Manakala kanak-kanak dari perempuan pula mempunyai nilai min logits yang tinggi bagi Kesejahteraan Fizikal dan Kemahiran Kognitif, berbanding kanak-kanak lelaki. Adalah dicadangkan instrumen kesediaan belajar digunakan oleh guru di sekolah untuk mengukur kesediaan belajar kanak-kanak yang masuk ke tahun satu di sekolah, seterusnya mengasingkan pelajar mengikut penguasaan mereka dan menentukan perancangan pengajaran terhadap mereka.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 26 Jul 2019 08:33
Last Modified: 26 Jul 2019 08:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45084

Actions (login required)

View Item View Item
Share