Pembangunan Reka Bentuk Permainan Tradisional Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah

Yusof, Fadila Mohd (2013) Pembangunan Reka Bentuk Permainan Tradisional Sebagai Alat Bantuan Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (168kB) | Preview

Abstract

Reka bentuk melalui permainan tradisional merupakan satu program pembelajaran kanak-kanak melalui konsep bermain sambil belajar yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi, intelektual serta proses perkembangan fizikal kanak-kanak. Dalam kajian ini, permainan tradisional telah dipilih sebagai platform utama. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti elemen pembangunan kanak-kanak prasekolah dalam bermain sambil belajar menggunakan permainan tradisional yang direka bentuk. Kaedah penyelidikan reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Sampel akhir kajian melibatkan seramai 12 orang kanak-kanak berusia enam tahun. Hasil analisis ujian mendapati kanak-kanak ini berjaya merealisasikan penggunaan kaedah bermain sambil belajar dengan menggunakan reka bentuk permainan tradisional yang dihasilkan. Kanak-kanak mampu untuk meliputi kesemua aspek kognitif, afektif dan psikomotor dengan lebih baik. Guru prasekolah yang kreatif, inovatif dan aktif sangat membantu dalam menjayakan kajian serta permainan ini. Hasil dari kajian dan inovasi ini, ia menunjukkan bahawa permainan tradisional ini dengan reka bentuk yang baik dapat diketengahkan serta membantu guru prasekolah dalam teknik pembelajaran dan pengajaran agar lebih efektif dan berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 25 Jul 2019 08:39
Last Modified: 25 Jul 2019 08:39
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45069

Actions (login required)

View Item View Item
Share