Yusof, Fadila Mohd
(2013)
Pembangunan Reka Bentuk Permainan
Tradisional Sebagai Alat Bantuan
Pengajaran Dan Pembelajaran
Prasekolah.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Reka bentuk melalui permainan tradisional merupakan satu program
pembelajaran kanak-kanak melalui konsep bermain sambil belajar yang berupaya
meningkatkan kualiti kawalan emosi, intelektual serta proses perkembangan fizikal
kanak-kanak. Dalam kajian ini, permainan tradisional telah dipilih sebagai platform
utama. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti elemen pembangunan
kanak-kanak prasekolah dalam bermain sambil belajar menggunakan permainan
tradisional yang direka bentuk. Kaedah penyelidikan reka bentuk kajian ini
menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Sampel akhir kajian
melibatkan seramai 12 orang kanak-kanak berusia enam tahun. Hasil analisis ujian
mendapati kanak-kanak ini berjaya merealisasikan penggunaan kaedah bermain
sambil belajar dengan menggunakan reka bentuk permainan tradisional yang
dihasilkan. Kanak-kanak mampu untuk meliputi kesemua aspek kognitif, afektif dan
psikomotor dengan lebih baik. Guru prasekolah yang kreatif, inovatif dan aktif
sangat membantu dalam menjayakan kajian serta permainan ini. Hasil dari kajian
dan inovasi ini, ia menunjukkan bahawa permainan tradisional ini dengan reka
bentuk yang baik dapat diketengahkan serta membantu guru prasekolah dalam teknik
pembelajaran dan pengajaran agar lebih efektif dan berkesan.
Actions (login required)
|
View Item |