Konsep Dan Pengurusan Wakaf Pendidikan Di Sekolah Agama Rakyat (Sar) Di Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

Ismail, Amerudin (2013) Konsep Dan Pengurusan Wakaf Pendidikan Di Sekolah Agama Rakyat (Sar) Di Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (214kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui konsep dan pengurusan wakaf pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang, khususnya di Daerah Seberang Perai Tengah. Ini kerana SAR yang pertama di bina dengan pembiayaan wakaf di Pulau Pinang adalah di Daerah Seberang Perai Tengah dan sekolah tersebut masih wujud dan beroperasi sehingga sekarang. Kajian dilakukan bagi melihat konsep dan pengurusan wakaf pendidikan di dalam Islam dengan melihat kepada amalan sedia ada wakaf pendidikan di Tanah Melayu dan Wakaf Pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Kajian juga dilakukan dengan melihat amalan wakaf pendidikan yang lebih baik dan berpotensi dengan melihat punca kemerosotan amalan wakaf pendidikan dan cara meningkatkannya. Metode kajian yang dilakukan adalah secara kajian kepustakaan, soalselidik dan temubual terhadap responden yang telah dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan amalan berwakaf kepada sekolah-sekolah agama rakyat semakin berkurangan berbanding di awal masa penubuhan sekolah-sekolah tersebut. Malah institusi pendidikan yang dibina atas dasar wakaf ini telah dihambat dengan pelbagai masalah seperti pengurusan, kewangan, sikap masyarakat, kemudahan insfrastruktur serta pelbagai masalah lain lagi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 24 Jul 2019 07:32
Last Modified: 24 Jul 2019 07:32
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/45052

Actions (login required)

View Item View Item
Share