Karupiah, Rammani
(2017)
Pemberontakan Masyarakat Islam Di Mindanao
Pengaruhnya Terhadap Hubungan Filipina-Malaysia 1965-1286.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 404-426.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai pemberontakan masyarakat Islam di Mindanao dan
impaknya terhadap hubungan Filipina-Malaysia antara tahun 1965-1986. Penduduk Islam di
selatan Filipina berjumlah 3.5 juta, beranggapan bahawa kerajaan Filipina adalah beragama
Kristian dan mengamalkan diskriminasi terhadap orang Islam. Mereka juga terpaksa
berhadapan dengan masalah penghijrahan berterusan orang Kristian ke Mindanao. Menjelang
tahun 1960, kemasukan orang Kristian telah mula mengancam kepentingan politik, ekonomi
serta budaya penduduk Islam dan telah mencetuskan konflik. Sungguhpun pemberontakan
masyarakat Islam di Mindanao merupakan masalah domestik di Fiiipina namun kerajaan
Malaysia turut terseret dalam pergolakan tersebut kerana kemasukan pelarian Islam, Filipina
ke Sabah dalam bilangan yang besar. Pada tahun 1981, ketika Tun Mahathir melawat Sabah,
beliau menyatakan terdapat di antara 60,000 -70,000 pelarian Islam Filipina di Sabah ketika
itu. Perangkaan tidak rasmi pula menganggarkan terdapat seramai 120,000 - 200,000 orang
pelarian Islam Filipina di Sabah pada tahun 1981. Situasi semakin rumit kerana kemasukan
pelarian telah mencetuskan masalah kewangan,, sosial serta ekonomi di Sabah. Kerajaan
Filipina pula menuduh bahawa Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha merupakan dalang yang
telah memberikan sokongan kepada MNLF. Selepas peristiwa Corregidor/ Operasi Jabidah,
Tun Mustapha semakin vokal dalam penentangannya ke atas kerajaan Marcos malah beliau
telah membenarkan Sabah diguna sebagai kem latihan, depot bekalan, pusat perhubungan dan
tempat perlindungan untuk pemisah-pemisah Islam antara tahun 1912-1976. Ramai pakar
yang mengkaji gerakan pemisahan di selatan Filipina menegaskan bahawa penubuhan MNLF
sebagai natijah daripada peristiwa Corregidor /Operasi Jabidah. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitati dan dijalankan dengan menggunakan kaedah pengkajian sejarah melalui
kajian perpustakaan dengan merujuk kepada sumber pertama dan sumber kedua.
Actions (login required)
|
View Item |