Peranan Mufti Dalam Pentadbiran Kerajaan Johor Satu Tinjauan Dalam Era Imperialisme British, 1885-1941

Ismail, Noorilham and Zakariah, Muhammad Hasrul (2017) Peranan Mufti Dalam Pentadbiran Kerajaan Johor Satu Tinjauan Dalam Era Imperialisme British, 1885-1941. In: Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara. Universiti Sains Malaysia, pp. 342-360.

[img]
Preview
PDF
Download (11MB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini menganalisis peranan yang dimainkan oleh barisan mufti Johor dalam pentadbiran negeri antara 1885-1941. Tempoh masa ini bermula dengan Perjanjian persahabatan Inggeris-Johor 1885 hingga kedatangan Jepun pada 1941 yang melibatkan era imperialisme British dari campur tangan secara tidak langsung sehingga kepada peletakan seorang residen sebagai penasihat Sultan Ibrahim. Perbentangan ini merangkumi zaman empat ofang mufti iaitu Dato' Syed Salim bin Abdullah Alattas, Dato' Abdullah bin Musa, Syed 'Abd Qadir bin Muhsin Al-'Attas dan Syed Alwi bin Tahir Al-Haddad. Pembentangan ini memberi perhatian kepada dasar pentadbiran negeri Johor yang melibatkan kuasa mufti dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan negeri Johor menerima pengaruh daripada idea-idea mufti bermula dengan pengggubalan Undang Tubuh Kerajaan Johor, pengurusan ekonomi sehingga kepada penggubalan dasar pendidikan bagi mengekang dan mengimbangi imperialisme British terhadap negeri Johor.

Item Type: Book Section
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D1-2027 History (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Book Section/Chapter
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 11 Jul 2019 06:46
Last Modified: 11 Jul 2019 06:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44964

Actions (login required)

View Item View Item
Share