Ismail, Noorilham and Zakariah, Muhammad Hasrul
(2017)
Peranan Mufti Dalam Pentadbiran Kerajaan Johor
Satu Tinjauan Dalam Era Imperialisme British, 1885-1941.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 342-360.
Abstract
Kertas kerja ini menganalisis peranan yang dimainkan oleh barisan mufti Johor dalam pentadbiran negeri antara 1885-1941. Tempoh masa ini bermula dengan Perjanjian
persahabatan Inggeris-Johor 1885 hingga kedatangan Jepun pada 1941 yang melibatkan era
imperialisme British dari campur tangan secara tidak langsung sehingga kepada peletakan
seorang residen sebagai penasihat Sultan Ibrahim. Perbentangan ini merangkumi zaman
empat ofang mufti iaitu Dato' Syed Salim bin Abdullah Alattas, Dato' Abdullah bin Musa,
Syed 'Abd Qadir bin Muhsin Al-'Attas dan Syed Alwi bin Tahir Al-Haddad. Pembentangan
ini memberi perhatian kepada dasar pentadbiran negeri Johor yang melibatkan kuasa mufti
dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan negeri Johor menerima pengaruh daripada
idea-idea mufti bermula dengan pengggubalan Undang Tubuh Kerajaan Johor, pengurusan
ekonomi sehingga kepada penggubalan dasar pendidikan bagi mengekang dan mengimbangi
imperialisme British terhadap negeri Johor.
Actions (login required)
|
View Item |