Penghulu Di Selangor Semasa Pentadbiran Kolonial British

Roslan, NurAzim and Arifin, Azmi (2017) Penghulu Di Selangor Semasa Pentadbiran Kolonial British. In: Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara. Universiti Sains Malaysia, pp. 361-370.

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview

Abstract

Penulisan ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui peranan penghulu di Selangor semasa di bawah pentadbiran British selepas Selangor dan Negeri-Negeri Melayu bersekutu yang lain diletakkan di bawah bidang kuasa Residen British. Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji proses pelantikan, tugas, dan kawalan British terhadap penghulu di Selangor serta menjelaskan mengapa peranan penghulu di negeri itu begitu tenggelam sewaktu berada di bawah pentadbiran British, Berdasarkan penelitian terhadap dokumen-dokumen rasmi British serta akhbar-akhbar tempatan, kajian awal ini akan mengenal pasti peranan penghulu di negeri selangor. Hasil daripada kajian ini akan dapat menjelaskan tentang tugas-tugas yang dilaksanakan oleh para penghulu sebagai sebahagian jentera pentadbiran British di samping menerangkan mengapa peranan penghulu begitu tenggelam di Selangor pada zaman itu.

Item Type: Book Section
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D1-2027 History (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Book Section/Chapter
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 11 Jul 2019 06:41
Last Modified: 11 Jul 2019 06:41
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44963

Actions (login required)

View Item View Item
Share