A'seri, Muhamad Safwan Mohd and Aziz, Mohd Kasturi Nor Abd and Hasan, Hazman
(2017)
Catatan Pelayar Barat Dan Karangan
Cendekiawan Melayu
Kisah Sejarah Negeri Perlis Sekitar
Abad Ke-16 Hingga Abad Ke-20.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 236-254.
Abstract
Nama Perlis tidak termasyhur sepertimana nama Melaka, Johor, Kedah dan negeri-negeri
Melayu yang lain. Namun tidak beerti perkataan 'Perlis' yang merupakan sebuah kawasan
kemudian menjadi kerajaan berdaulat telah 'lenyap'dalam penulisan sejarah sekitar abad ke-
"16 hingga abad ke-19. Perkara ini terbukti dalam penemuan catatanparapelayar Barat tentang
sebuah kawasan yang bernama 'Perlis' oleh Ferano Mendes Pinto, Diogo de Medoca Furtado
dan Sherard Osbom. Karangan para cendekiawan Melal,u seperti Salasilah Perlis, Salasilah
DYMM Raja-Raja Perlis, Seri Indera Kayangan, Nota-Nota Sejarah Negeri Perlis, Al-Tarikh
Salasilah Negeri Kedah, Peringatan Raja-Raia Kedah, Salasilah Atau Tarekh Kerja-an
Kedah juga kaya dan sarat dengan kisah sejarah negeri Perlis atau peristiwa yang pemah
berlaku di dalam negeri tersebut. Sehubungan itu, makalah ini berfokus kepada skop peristiwa
.yang pernah dikarang oleh para pelayar Barat seperti gambaran Perlis pada sekitar abad ke-
16. Disamping dengan tinjauan terhadap karya pensejarahan tempatan dengan
membincangkan kandungan sejarah negeri Perlis khusus perjalanan peristiwa dari sebuah
jajahan kerajaan Kedah kepada menjadi sebuah negeri berdaulat disamping episod yang
berlaku di Perlis ketika zaman pra-British. Bagi tujuan tersebut, makalah ini akan turut
menerapkan aspek sejarah secara umum serta memasukkan kajian perbandingan tekstual bagi
menguji nilai kesejarahannya.
Actions (login required)
|
View Item |