Saat, Ishak and Husin, Ahmad Zainuddin
(2017)
Kemunculan Gerakan Islam Di Malaya Sebelum Merdeka.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 148-160.
Abstract
Kedatangan Islam di Malaya diusahakan oleh para dai yang terdiri dari pelbagai bangsa
seperti Irab, Cina dan juga India. Mereka berdakwah dan menyebarkan Islam di Alam
Melayu. Namun setelah orang Melayu menerima Islam, kebangkitan Islam terpaksa
berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana pegangan orang Melayu terhadap Islam amat
longgar. Maka berlaku konflik dalam kalangan orang Melayu. Abad 20 pula memperlihatkan
kemunculan gerakan Islam Islam dalam kalangan orang Melayu. situasi ini mewujudkan dua
golongan dalam sejarah orang Melayu yang berkonflik secara terang-terangan iaitu Kaum
muda dan Kaum Tua. Walaupun dewasa ini pengolongan orang Melalu dalam kategori ini
sudah tidak lagi berlaku tetapi fahaman Islam sebagai agama ritual semakin menebal dalam
kalangan sesetengah orang Melayu. Golongan ini berkonflik dengan segolongan orang
Melayu yang ingin menegakkan Islam sebagai agama yang memerintah dan bukan sebagai
agama yang diperintah.
Actions (login required)
|
View Item |