Kamaruddin, Aisyah
(2017)
Undang-Undang Kedah Versi Ku Din Ku Meh (1893)
Satu Pengenalan Awal dalam Konteks Pensejarahan Kedah Abad Ke-19.
In:
Persidangan Nasional Sejarah Dan Sejarawan Malaysia 2017 Memperkasa Sejarah Nasional Dalam Melestarikan Pembanggunan Negara.
Universiti Sains Malaysia, pp. 75-93.
Abstract
Sebelum datangnya agama Islam, masyarakat Nusantara sudahpun terbiasa dengan
sastera ketatanegaraan Hindu-Buddha yang dikenali sebagai Panchatantra. Biarpun
apa sahaja jenis agama dan pengaruhnya, adanya ketatanegaraan sebagai bukti
ketinggian peradaban sesuatu bangsa yang pernah ada suatu ketika dahulu. Selepas
kedatangan Islam, masyarakat Nusantara mula perlahan-lahan menerima sastera
ketatanegaraan berteraskan Syariah dan adat. Di samping menjadi warisan leluhur
perundangan, undang-undang seumpama ini juga berfungsi sebagai nadi dan bukti
kepimpinan golongan atasan. Diakui sastera ketatanegaraan ditulis mempunyai
tujuan tertentu yang secara amnya menjadi garis panduan dan menjadi contoh teladan
kepada golongan raja mentadbir negara. Bagi negeri Kedah yang kaya dengan
sumber sejarahnya, selain memiliki beberapa teks ketatanegaraan yang diketahui
umum, terdapat satu lagi Undang-undang Kedah yang dikenali sebagai Undang-
Undang Kedah versi Ku Din Ku Meh (1893). Naskhah yang dipercayai ditulis pada
tahun 1893 ini telah tercatit nama Ku Din Ku Meh sebagai penerimanya dan
dipercayai naskhah ini mula digunakan sejak pemerintahan Sultan Rijaludin
Muhamad Shah (1035H-1062H/11625-1652). Tambahan, ia merupakan undang-undang
yang paling akhir dilaksanakan di Kedah sebelum kedatangan Inggeris
berdasarkan tarikh-iarikh yang dicatatkan di dalamnya. Pastinya naskhah yang terdiri
daripada 40 fasal undang-undang ini mempunyai kesinambungan dan hubungan
dengan sistem-sistem lain yang wujud dalam masyarakat lama, tanpa mengetepikan
konsep raja sebagai Khalifah di muka bumi. Namun, makalah ini lebih terhad
membincangkan mengenai Undang-undang Kedah Ku Din Ku Meh sebagai satu
pengenalan awal dalam konteks pensejarahan Kedah.
Actions (login required)
|
View Item |