Bhakti, Sufri Eka
(2012)
Penggunaan Dan Kepuasan Facebook : Satu Kajian Kes Terhadap Mahasiswa Indonesia Di USM.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini ingin melihat fenomena penggunaan dan kepuasan facebook dalam kalangan mahasiswa Indonesia di Malaysia. Selanjutnya, tesis ini berharap dapat mencari jawapan terhadap persoalan 1. mengenalpasti aktiviti mahasiswa Indonesia dalam menggunakan facebook, 2. menerokai tipologi penggunaan dan kepuasaan facebook dan 3. melihat kesan lain facebook. Kaedah kuantitatif dan kualitatif dijalankan untuk mengkaji dan menghuraikan tipologi facebook melalui satu pendekatan penggunaan dan kepuasaan. Kajian ini menggunakan teori uses and gratifications. Pemilihan responden kajian berdasarkan persampelan bertujuan (purposive sampling) mengikut kriteria: jantina, tahap pendidikan dan kekerapan menggunakan facebook.
Actions (login required)
|
View Item |