Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Atas Talian : Kajian Kolaborasi Asinkronous Forum Board Dan Penjanaan Pengetahuan Dalam Ruang Kerja WiKi

Samar, Noorizdayantie (2012) Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Atas Talian : Kajian Kolaborasi Asinkronous Forum Board Dan Penjanaan Pengetahuan Dalam Ruang Kerja WiKi. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (246kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengintegrasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) di dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) dan mengkaji dua aspek utama PBM iaitu kolaborasi yang berlaku di forum board dan penjanaan pengetahuan di ruang kerja Wiki. Sejumlah 1,238 orang pelajar Tahun 1 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang Akademik 2008/2009 yang mengikuti kursus JUJ103 – Pengenalan Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer terlibat dalam kajian ini. Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada 141 kumpulan kecil yang terdiri daripada 8 hingga 10 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Kajian kolaborasi dalam kumpulan melibatkan tiga aspek kolaborasi iaitu kekerapan, dimensi dan kedalaman.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 04 Jul 2019 07:53
Last Modified: 04 Jul 2019 07:53
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44865

Actions (login required)

View Item View Item
Share