Ab. Halim, Mohd Suberi
(2012)
Prestasi Kewangan Dan Isu-Isu Pengurusan Firma Kontraktor Bumiputera Dalam Industri Pembinaan.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Faktor kewangan mempunyai hubungan yang signifikan kepada prestasi firma kontraktor. Menurut kajian-kajian terdahulu, jumlah kegagalan firma kontraktor didapati lebih tinggi berbanding dengan peratusan kegagalan firma perniagaan dalam industri lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, untuk mengenal pasti faktor-faktor kegagalan kontraktor bumiputera dengan menggunakan kaedah analisis nisbah terhadap empat pembolehubah kewangan iaitu kecairan modal firma, tahap keuntungan firma, bebanan hutang firma dan tahap kecekapan firma mengurus kewangan/aset.
Actions (login required)
|
View Item |