Tokmae, Jameelah
(2012)
Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi Islam Di Selatan Thailand : Kajian Perbandingan Antara Kolej Pengajian Islam (CIS) Dan Universiti Islam Yala (YIU).
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini ialah kajian perbandingan pengajian Islam di institusi pengajian tinggi Islam awam dan swasta di Selatan Thailand. Hanya tiga buah institusi iaitu Kolej Pengajian Islam (CIS) di PSU, Universiti Islam Yala (YIU) dan Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Princess of Naradhiwat Universiti (PNU) yang menggunakan pengajian Islam. Kajian ini memilih dua buah institusi iaitu CIS mewakili institusi awam dan YIU mewakili institusi swasta. Pemilihan kedua-dua buah institusi ini kerana berlainan sektor menyebabkan urusan tentang pengajian Islam berlainan antaranya. Kedua-dua buah institusi tersebut telah mengalami perkembangan yang kompetitif dan menghasilkan sumbangan penting kepada masyarakat.
Actions (login required)
|
View Item |