., Anwar
(2012)
Undang-Undang Pentadbiran Zakat Di Aceh Dan Negeri Kedah : Satu Kajian Perbandingan.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Baitulmal di Aceh dan Jabatan Zakat Negeri Kedah ditubuhkan untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat umat Islam. Secara tidak langsung ia juga telah membantu pihak kerajaan di dalam menangani masalah-masalah sosial yang dialami umat Islam, seperti kemiskinan atau ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Namun, zakat yang dikumpulkan terutama di Aceh belum sepertimana yang diharapkan. Oleh itu, objektif kajian yang perlu dikaji di dalam penelitian ini adalah menyelidik sejarah pengurusan zakat dalam Islam. Kajian juga bertujuan untuk mengkaji perkembangan undang-undang pentadbiran zakat dan menyelidik perbandingan pentadbiran zakat di Aceh dan Kedah.
Actions (login required)
|
View Item |