Lai, Chu Be
(2003)
Pengetahuan dan praktis jururawat semasa
mentafsir kesakitan angina di wad perubatan.
Other thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Objektif
Mengetahui pengetahuan asas jururawat berkaitan kesakitan dada dan praktis
jururawat semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien di wad perubatan.
Faktor ini disebabkan jururawat memainkan peranan panting dalam penaksiran dan
pengurusan semasa menerima aduan kesakitan dada daripada klien sebelum
kesakitan tersebut dilaporkan kepada Pegawai Perubatan. Kajian ini telah dijalankan
diwad Perubatan 7 Selatan, 7 Utara dan 8 Selatan.
Kaedah Kajian
Kajian yang dijalankan berbentuk soalan dimana jururawat dan Ketua Jururawat di
wad Perubatan seramai 50 orang diberikan soalan berdasarkan pengetahuan dan
praktis semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien.
Keputusan Kajian
Keputusan kajian mengenai pengetahuan berkaitan kesakitan dada dan angina
daripada 50 sampel didapati 70-90% responden memberi jawapan yang betul
manakala 64-76°/o daripada responden melakukan tindakan yang betul semasa
menerima aduan kesakitan dada dan angina. Walau bagaimanapun tiada hubungan
statitik yang significant diantara pengetahuan dan praktis responden. Keputusan
juga menunjukkan bahawa tindakan dan praktis jururawat semasa aduan sakit dadadan angina tidak m empunyai keseragaman yang tepat pad a setiap tindakan dan
praktis yang diamalkan oleh mereka.
Cadangan
Jururawat diberi pengetahuan dan maklumat tambahan mengenai kesakitan angina
dan cara mentafsir kesakitan angina mengikut carta khas yang diserangam ke
seluruh wad perubatan. Bagi jururawat yang berminat menyambung pendidikan
pihak pengurusan seharusnya mengalu-alukan hal tersebut kerana hasil kajian
menunjukkan jururawat yang mempunyai kursus pas basik iaitu Diploma
pengkhususan dan Rawatan Koronori lebih berpengetahuan semasa menilai dan
mentafsir kesakitan angina di kalangan klien.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada keputusan kajian, menunjukkan bahawa sememangnya
jururawat tidak mempunyai ketidakseragaman dalam mentafsir dan melakukan
praktis semasa menerima aduan kesakitan dada dari klien. Majoriti jururawat
melakukan tindakan hanya berdasarkan amalan tanpa pengetahuan.
Actions (login required)
|
View Item |