Pengalaman serta persepsi bapa yang menemani pasangan mereka ketika proses pelahiran di HUSM

Abdullah, Nurhidayah Jeet (2003) Pengalaman serta persepsi bapa yang menemani pasangan mereka ketika proses pelahiran di HUSM. Other thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pengalaman serta persepsi kaum bapa semasa menemani pasangan mereka bersalin di Dewan Bersalin Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Objektif kajian ialah untuk mengetahui perasaan yang dialami oleh mereka sepanjang tempoh tersebut dan persepsi mereka terhadap sokongan daripada anggota kesihatan serta mengenal pasti keperluan mereka untuk menghadapi proses pelahiran. Kajian telah dijalankan selama sebulan dan melibatkan 40 bapa yang merupakan pasangan kepada ibu primid (15 orang bapa) dan bukan primid (25 orang bapa). Umur bapa yang terlibat ialah antara 22 hingga 53 tahun dengan puratanya 33. 0. Latarbelakang pendidikan mereka berbeza iaitu lepasan ijazah/diploma, pendidikan menengah dan tamat sekolah rendah. Kajian ini menggunakan borang soal-selidik dengan soalan berstruktur dan tertutup berdasarkan skala Likert 5. Soalan dibentuk berdasarkan semakan kajian terdahulu dan memberi maklumat berkaitan data demografi, perasaan yang dialami, persepsi dan keperluan bapa. Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif untuk melihat frekuensi dan purata dengan parisian komputer SPSS. Keputusan daripada kajian ini menunjukkan hampir keseluruhan bapa tanpa mengira primid atau bukan primid, mengalami perasaan kebimbangan dan juga merasa tertekan sepanjang tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua respondan mengatakan mereka merasa berpuashati kerana dapat memberi sokongan kepada pasangan dan berkongsi pengalaman kelahiran bayi mereka. Dari segi persepsi, daripada kajian ini didapati kebanyakan bapa mengatakan kurang atau tidak mendapat panduan atau tunjuk ajar kaedah membantu pasangan ketika proses pelahiran daripada anggota kesihatan. Mereka juga tidak dilibatkan dalam membuat keputusan berkaitan rawatan pasangan dan hampir keseluruhan mengatakan tidak diberi penerangan tentang kepentingan prosedur yang dijalankan. Tetapi kebanyakan bapa bersetuju yang mereka telah diberi maklumat tentang perkembangan proses pelahiran pasangan oleh anggota kesihatan. Hampir semua bapa mengatakan bahawa mereka memerlukan program atau kelas khas sebagai persediaan awal untuk menghadapi proses pelahiran. lmplikasi daripada kajian ini ialah, kaum bapa ingin melibatkan diri dengan proses pelahiran pasangan mereka tetapi memerlukan kelas prenatal atau program yang seumpamanya sebagai persediaan dan memerlukan panduan dan sokongan daripada anggota kesihatan ketika menghadapi proses pelahiran.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Obstetrics
Subjects: R Medicine > RG Gynecology and obstetrics
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 17 Jun 2019 08:04
Last Modified: 18 Jun 2019 01:56
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44635

Actions (login required)

View Item View Item
Share