Menilai pengetahuan dan komplian jururawat dan doktor terhadap polisi pencucian tangan di wad 1 nilam

Rahman, Zaihan Abd. (2003) Menilai pengetahuan dan komplian jururawat dan doktor terhadap polisi pencucian tangan di wad 1 nilam. Other thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Amalan pencucian tangan ini adalah panting di kalangan ahli kesihatan terutamanya jururawat dan doktor iaitu sebelum dan selepas melakukan prosedur dan menyentuh pesakit. Tujuan pencucian tangan adalah untuk mengurangkan jumlah mikrorganisma di atas tapak tangan dan kulit. Kebanyakan infeksi nosokomial akan menyebabkan morbiditi dan mortaliti ke atas pesakit. Tujuan kajian ini dilakukan untuk menilai keberkesanan program intervensi amalan pencucian tangan berkaitan pengetahuan dan komplian di kalangan kakitangan 1 Nilam setahun yang lalu. Kajian ini berbentuk keratan rentas melibatkan semua kakitangan 1 Nilam (jururawat dan doktor), ia dijalankan selama sebulan tempoh waktu (Oktober, 2002). Kaedah kajian menggunakan pemerhatian dan borang seal selidik. Pemerhatian ke atas sampel berkaitan dengan kekerapan mencuci tangan sebelum dan selepas menyentuh bayi dan melakukan prosedur. Pemerhatian dilakukan secara rahsia dengan menggunakan borang semakan dari jam pukul 0700 hingga 1630 selama 2 minggu. Borang seal selidik diberi 2 minggu selepas pemerhatian dilakukan. Seramai 35 orang jururawat dan 8 orang doktor yang terlibat. Dalam kajian seal selidik terse but didapati hampir 100% doktor faham tentang amalan pencucian tangan dan jururawat adalah 80%, hanya 20% soalan yang tidak I dijawab dengan tepat. Secara keseluruhannya tahap pengetahuan merekaadalah baik. Daripada pemerhatian didapati "baby-contact" adalah 455 (pada tahun 2002), dimana amalan pencucian sempurna telah meningkat iaitu 71.20% dan pencucian tangan tidak sempurna ialah 28.79% di kalangan doktor dan jururawat. Amalan pencucian tangan sangat panting dalam mencegah infeksi nosokomial. walaupun jumlah pencucian tangan· tidak mencapai 100%, namun komplian terhadap pencucian tangan adalah kekal diamalkan selepas setahun kem"pen dijalankan. Untuk meningkatkan amalan ini intervensi pendidikan kesihatan, promosi, pengukuhan dan penialaian semula perlu dilakukan 2 hingga 3 kali setahun supaya pengetahuan dan amalan adalah seiring dan boleh diaplikasikan di kawasan klinikal. Masalah komplian ialah satu masalah yang sukar diatasi kerana melibatkan tingkahlaku dan personaliti seseorang individu. Peranan Jururawat Kawalan lnfeksi juga panting bekerjasama dan membantu demi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan yang terbaik kepada klien.

Item Type: Thesis (Other)
Uncontrolled Keywords: Intensive care unit
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 17 Jun 2019 07:32
Last Modified: 17 Jun 2019 07:32
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44634

Actions (login required)

View Item View Item
Share