Meninjau kehadiran mikroorganisma pada alat galipot dan cecair yang digunakan untuk prosedur sedutan tiub endotrakea dan trakeostomi

Desa, Anisah Mat (2004) Meninjau kehadiran mikroorganisma pada alat galipot dan cecair yang digunakan untuk prosedur sedutan tiub endotrakea dan trakeostomi. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengenalan: Strategi yang mantap dalam menghalang terjadinya kolonisasi bakteria pada secincin trakea dan paru-paru bukan hanya kos-efektif mafah adalah kunci kepada penurunan kadar mortaliti klien dan jumlah hari mereka berada dalam wad. Terdapat beberapa laporan dan semakan penyelidikan tentang usaha untuk mendapatkan data saintifik yang konkrit tentang faktor penyebab dan yang berhubungkait dengan terjadinya "hospital infection" dan peradangan paru-paru khususnya yang berhubungkait dengan prosedur "endotracheal intubation". Prosedur sedutan merupakan prosedur yang perlu dalam jagarawatan klien yang berada datam unit kritikal seperti ICU. Prosedur ini dilakukan untuk memastikan salur udara yang sentiasa paten dan berfungsi. Dipercayai peralatan yang digunakan untuk melakukan prosedur ini boleh menjadi alat transmisi patogen nosokomial.Tujuan kajian: Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau kemungkinan wujud mikroorganisma pada peralatan dan cecair yang digunakan dalam prosedur sedutan bagi klien yang memerlukan, bagi memastikan satu protokol jagarawatan yang asepsis dan memenuhi piawaian digunapakai di HUSM. Metodologi: Sampel swab diambil langsung dari galipot dan cecair yang telah digunakan untuk prosedur sedutan bagi subjek yang telah dikenal pasti pada waktu-waktu yang berbeza {jam pertama, ketiga dan kelima). Seterusnya pengkulturan mikroorganisma dilakukan ke atas sampel yang diambil dan dibiarkan selama 24 jam sebelum bacaan dibuat. Data yang dikumpul dianalisamenggunakan SPSS versi ke 10.0 untuk analisis variabel frekuensi berhubungkait dengan demografi, penggunaan antibiotik dan jenis mikroorganisma yang dapat dikultur. Keputusan: Hasil daripada sampel swab didapati 30 sampel menunjukkan pertumbuhan "gram negative bacilli" dan "mixed growth of GNB,. Selain itu terdapat juga pertumbuhan mikroorganisma yang terdiri dari basil us gram negatif, spesis klebsiella dan spesis enterobacter hasil pengkulturan sampel yang diambil dari peralatan dan cecair yang telah digunakan dalam prosedur sedutan di wad 2 Delima dan ICU HUSM. Mikroorganisma ini mungkin hadir dalam persekitaran ataupun dari kawasan endotrakea atau trakeostomi subjek. Rumusan: Penggunaan alatan secara berulangkali boleh menyebabkan kontaminasi terjadi dan ianya merupakan faktor penyokong utama tersebamya infeksi. Keputusan kajian ini menyarankan agar tidak dipraktikkan penggunaan alatan secara berulangkali apatah lagi dengan cecair yang sama dalam tempoh masa yang agak lama. Jagarawatan dengan protokol peralatan dan cecair yang dibiarkan yang didapati dalam kajian ini berhubungkait dengan prosedur sedutan boleh menjadi alat hubungkait transmisi patogen nosokomial. Diharapkan akan te~adi anjakan paradigma dalam teknik jagarawatan berhubungkait dengan prosedur sedutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: microorganisms
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Kesihatan (School of Health Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 21 Apr 2019 04:18
Last Modified: 21 Apr 2019 04:18
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44145

Actions (login required)

View Item View Item
Share