Sarbini, Mohamed
(2018)
Kesediaan Malaysia Dalam Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam: Kajian Kes Ke Atas JKSM.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kesediaan memainkan peranan utama sebelum sesuatu pelaksanaan atau tindakan dilakukan lebih-lebih lagi apabila melibatkan aspek keagamaan. Tanpa kesediaan, seseorang mungkin akan tersilap melaksanakan sesuatu tidak teratur dan memberi kesan yang negatif atau sebalik daripada yang diharapkan. Beberapa kes seperti kes liwat Sukma Darmawan (2009), kes minum arak Kartika Sari (2009) dan kes qazaf yang membabitkan kejadian liwat (2015) menunjukkan tahap yang lemah dalam kesediaan dan kemampuan Mahkamah Syariah dalam menghadapi kes-kes jenayah syariah. Justeru, kajian ini mengandungi tiga objektif utama. Pertama, konsep kesediaan dalam pensyariatan hukum syarak ke atas individu mukallaf dan pemerintah.
Actions (login required)
|
View Item |