Johari, Farah Farhana
(2018)
Asas Pembinaan Pernyataan Visi Dan Misi Institusi Pembangunan Berteraskan Islam Di Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tesis ini bertujuan mengkaji tentang asas pembinaan pernyataan visi dan misi institusi pembangunan berteraskan Islam (PBI) di Malaysia. Idea ini timbul selaras dengan kewujudan pelbagai bentuk institusi PBI, yang secara umumnya mempamerkan matlamat dan hala tuju menerusi pernyataan visi dan misi. Antara bentuk institusi PBI tersebut terdiri daripada institusi pentadbiran, perubatan, sosioekonomi, kewangan, perbankan, pendidikan, peribadatan dan perundangan. Rata-rata institusi PBI ini telah menyatakan matlamat dan hala tuju ke arah pengurusan dan perkhidmatan Islam. Namun begitu, pernyataan visi dan misi jelasnya muncul daripada konsep pengurusan strategik lazim.
Actions (login required)
|
View Item |