Kesan Pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak Terhadap Komuniti Tempatan: Kajian Kes Di Nod Pertumbuhan Samalaju

Echoh, Daniel Ugih (2018) Kesan Pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak Terhadap Komuniti Tempatan: Kajian Kes Di Nod Pertumbuhan Samalaju. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (478kB) | Preview

Abstract

Walaupun perancangan pembangunan wilayah seperti dalam koridor telah dilaksanakan, tetapi ketidakseimbangan pembangunan masih berlaku di mana kemiskinan dalam kalangan Bumiputera masih wujud terutamanya di Sarawak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesan pelaksanaan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak di nod pertumbuhan Samalaju terhadap status sosioekonomi Bumiputera di kawasan tersebut. Empat objektif kajian ini iaitu untuk mengenalpasti kesan pelaksanaan projek koridor tersebut terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar di petempatan komuniti Bumiputera di nod pertumbuhan Samalaju. Kajian ini juga mengkaji hala tuju nod pertumbuhan Salamaju sebagai pusat pertumbuhan wilayah baru.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 11 Apr 2019 01:24
Last Modified: 12 Apr 2019 05:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/44016

Actions (login required)

View Item View Item
Share