Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di Baling, Kedah

Yahaya, Mahathir (2018) Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di Baling, Kedah. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (212kB) | Preview

Abstract

Sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya sistem penyampaian yang digunakan adalah tidak efektif. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana sistem penyampaian pendidikan masyarakat Baling dengan lebih mendalam. Objektif kajian ini adalah: (1) Mengenal pasti medium sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling; (2) Menganalisis halangan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan sedia ada; (3) Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan; (4) Membina model sistem penyampaian program pendidikan yang lebih berkesan bagi masyarakat Baling.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 10 Apr 2019 00:37
Last Modified: 12 Apr 2019 05:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43991

Actions (login required)

View Item View Item
Share