Yahaya, Mahathir
(2018)
Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di Baling, Kedah.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya sistem
penyampaian yang digunakan adalah tidak efektif. Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana sistem penyampaian pendidikan masyarakat Baling dengan lebih mendalam. Objektif kajian ini adalah: (1) Mengenal pasti medium sistem penyampaian program pendidikan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Baling; (2) Menganalisis halangan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program
pendidikan sedia ada; (3) Menganalisis keperluan masyarakat Baling terhadap sistem penyampaian program pendidikan; (4) Membina model sistem penyampaian program
pendidikan yang lebih berkesan bagi masyarakat Baling.
Actions (login required)
|
View Item |