Bahrin, Farhana Kamarul
(2018)
Pembentukan Dan Keberkesanan Modul Dalam Perubahan Pengetahuan, Persepsi Dan Tingkah Laku Pelajar Sekolah Menengah Terhadap HIV/AIDS Di Pulau Pinang.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Masalah HIV dan AIDS adalah tidak asing kepada penduduk dunia di mana lebih daripada 40 juta orang sudah dijangkiti oleh HIV. Pendidikan HIV/AIDS untuk orang muda memainkan peranan yang penting dalam menamatkan wabak AIDS secara global. Dilaporkan masyarakat Malaysia masih kurang pengetahuan berkaitan HIV/AIDS, khususnya punca kepada jangkitan HIV dan AIDS. Kementerian Kesihatan Malaysia (2017) telah melaporkan hampir 85% jangkitan HIV pada tahun 2016 adalah melalui aktiviti seks. Pada tahun 2016 sebanyak 103 kes jangkitan baru HIV/AIDS yang melibatkan umur 13 tahun – 19 tahun (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017) telah dilaporkan.
Actions (login required)
|
View Item |