Pencirian Secara Morfologi Dan Molekul, Dan Ujian Kepatogenan Pencilan Fusarium Daripada Buahan Sayuran

Saseetharan, Nurulhuda Mohd Sanusi (2013) Pencirian Secara Morfologi Dan Molekul, Dan Ujian Kepatogenan Pencilan Fusarium Daripada Buahan Sayuran. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (226kB) | Preview

Abstract

Fusarium merupakan salah satu spesies kulat yang sering menyebabkan penyakit lepas tuai buahan sayuran. Kajian ini dijalankan untuk memencil kulat Fusarium daripada buahan sayuran yang reput untuk menentukan kehadiran dan assosiasi pencilan-pencilan Fusarium dengan reput buahan sayuran. Sembilan jenis buahan sayuran iaitu bendi (Abelmoschus esculentus), tomato (Solanum lycopersicum), peria (Memordica charantia), cili merah (Capsicum annum), terung (Solanum melongena), timun (Cucumis sativus), munggai (Moringa olifel), petola (Luffa acutangula) dan kacang panjang (Vigna sesquipedalis) yang diperolehi daripada beberapa buah pasar, pasaraya, Jabatan Pertanian Relau dan kebun sayur di sekitar Pulau Pinang dan Gurun, Kedah telah digunakan dalam kajian ini. Lapan puluh tiga pencilan Fusarium berjaya dipencilkan daripada gejala reput buahan sayuran dan berdasarkan ciri-ciri morfologi, lapan spesies telah dikenalpasti iaitu F. oxysporum, F. semitectum, F. solani, F. proliferatum, F. pseudocircinatum, F. sacchari F. equiseti, dan F. verticillioides. Daripada ujian kepatogenan menggunakan 70 pencilan Fusarium, hanya 21 pencilan didapati patogenik melalui rawatan luka dan lima pencilan patogenik melalui rawatan tanpa luka. Pencilan-pencilan yang patogenik adalah 12 pencilan F. solani, empat pencilan F. oxysporum, tiga pencilan F. proliferatum, satu pencilan F. semitectum dan satu pencilan F. sacchari.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1 Natural history (General - Including nature conservation, geographical distribution)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 04 Apr 2019 00:31
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43909

Actions (login required)

View Item View Item
Share