Analisis Liberalisme Agama Di Malaysia Menurut Perspektif Akidah Islam

Duereh, Muhammadidris (2013) Analisis Liberalisme Agama Di Malaysia Menurut Perspektif Akidah Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (274kB) | Preview

Abstract

Tesis ini mengkaji liberalisme agama di Malaysia daripada sudut akidah Islam untuk melihat kedudukan liberalisme serta memberi penjelasan Islam kepada masyarakat. Kajian yang berdasarkan kualitatif ini mendapat data menerusi dokumen dan temu bual dengan pihak yang mendokong liberalisme agama kemudian data diolah dan disusun berdasarkan metode deskriptif dan metode sejarah. Fokus utama kajian adalah kepada isu berkaitan dengan akidah. Hasil kajian mendapati bahawa fahaman liberal agama bertapak di negara ini dan bergerak menerusi seruan kepada pembaharuan dalam agama dengan dimulakan dengan pentafsiran baru terhadap teks agama. Liberalisme agama mengalami penyelewengan yang berlainan tahap; ada yang sungguh bahaya dan ada pula yang kurang bahaya. Penyelewengan yang sungguh bahaya itu ialah penolakan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Hasil kajian juga mendapati agama Islam mempunyai identiti yang tetap; bukan segala-galanya dalam Islam berubah menurut zaman. Islam berperanan sebagai guru, maka masyarakat tunduk kepada Islam bukan sebaliknya. Setiap bidang ada ahlinya, maka pembaharuan dalam agama Islam juga ditangani oleh ahlinya.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 29 Mar 2019 08:19
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43844

Actions (login required)

View Item View Item
Share