Pengekalan Dan Perubahan Identiti Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Satu Kajian Kes Di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan

Abdullah, Mohd Shahrul Imran Lim (2013) Pengekalan Dan Perubahan Identiti Komuniti Cina Peranakan Kelantan: Satu Kajian Kes Di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (730kB) | Preview

Abstract

Kajian tentang pembinaan identiti satu-satu komuniti semakin penting kepada negara berbilang bangsa, termasuk Malaysia. Tesis ini memberi tumpuan kepada bagaimana komuniti Cina Peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mempunyai kesan besar ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususnya. Tesis ini bertujuan untuk mengkaji pengekalan dan perubahan identiti komuniti Cina Peranakan Kelantan di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, yang telah berakulturasi dengan penduduk di persekitaran mereka. Peranakan Cina adalah kumpulan sub-etnik Cina yang unik di Malaysia. Mereka adalah hasil akulturasi yang berpunca daripada interaksi sosial dengan orang Melayu. Akulturasi dalam konteks kajian ini merujuk kepada penerimaan dalam kalangan golongan peranakan ini ciri budaya golongan dominan. Akibat akulturasi itu, Cina Peranakan di Malaysia dianggap orang Cina totok sebagai ’separuh Cina separuh Melayu’. Mereka sebenarnya telah membentuk komuniti hibrid yang berkembang secara tersendiri. Tesis ini meneliti identiti orang Cina di Malaysia dengan menggunakan konsep epistemologi dengan metodologinya membahagikan mereka kepada kategori mengikut sifat pengetahuan. Dua kategori tulisan itu telah diidentifikasi dan dibezakan kepada jenis pengetahuan “author-oriented” dan “actor-oriented”. Dapatan juga diperoleh daripada temu bual mendalam (150 responden), Perbincangan Kumpulan Berfokus (100 orang) dan menyedia borang soal selidik (100 borang) yang telah dijalankan penulis di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas. Dapatan kajian ini menunjukkan kewujudan komuniti Cina Peranakan Kelantan boleh dikaitkan dengan kombinasi tiga faktor.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General)
Divisions: Pusat Penyelidikan Dasar & Kajian Antarabangsa (Centre for Policy Research and International Studies (CenPRIS)) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 29 Mar 2019 07:35
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43836

Actions (login required)

View Item View Item
Share