Faktor Dalaman Sekolah Dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi: Pengaruh Pengantara Kualiti Kehidupan Kerja Guru Di SBT Dan SBBT

Tan, Lay Koon (2018) Faktor Dalaman Sekolah Dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi: Pengaruh Pengantara Kualiti Kehidupan Kerja Guru Di SBT Dan SBBT. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (347kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengantara kualiti kehidupan kerja guru terhadap hubungan antara faktor dalaman sekolah dengan komitmen guru terhadap organisasi. Secara khususnya, kajian ini meninjau (i) pengaruh kategori sekolah terhadap faktor dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja guru, dan komitmen guru terhadap organisasi, (ii) hubungan antara faktor dalaman sekolah, kualiti kehidupan kerja, dan komitmen guru terhadap organisasi, (iii) pengaruh kualiti kehidupan kerja guru sebagai pengantara terhadap hubungan antara faktor dalaman sekolah dengan komitmen guru terhadap organisasi berdasarkan kategori sekolah, dan (iv) bagaimana faktor dalaman sekolah mempengaruhi kualiti kehidupan kerja guru dan komitmen guru terhadap organisasi.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: ASM Ab Shukor Mustapa
Date Deposited: 25 Mar 2019 07:20
Last Modified: 12 Apr 2019 05:24
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43764

Actions (login required)

View Item View Item
Share