Amin, Shahrinizam Mohd
(2018)
Faktor Penentu Pemilihan Institusi Pendidikan Menengah Islam Swasta Ikram Musleh.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Perkembangan Institusi Pendidikan Swasta semakin meningkat terutamanya institusi pendidikan Islam swasta (IPIS). Berdasarkan perangkaan pendidikan Malaysia 2016, terdapat seramai 170,578 orang pelajar yang bersekolah di institusi pendidikan menengah Islam (IPMI) manakala seramai 10,051 orang pelajar (5.9%) adalah dari institusi pendidikan menengah Islam swasta (IPMIS). Fenomena ini menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang cenderung untuk memilih pendidikan anak-anak mereka ke IPMIS walaupun pihak kerajaan telah membina, menyediakan segala kelengkapan infrastruktur, guru-guru dan pihak pentadbir yang terlatih dengan kurikulum yang lengkap tanpa dikenakan sebarang yuran bulanan.
Actions (login required)
|
View Item |