Rahman, Norehan Abdul
(2018)
Tahap Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarela Dan Kesannya Terhadap Kesejahteraan Diri Golongan Awal Dewasa Di Kedah.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap dan faktor penglibatan golongan awal dewasa di Kedah dalam aktiviti sukarela, selain mengkaji tahap kesejahteraan diri mereka. Kajian ini juga mengkaji sejauh mana aktiviti sukarela menyumbang kepada tahap kesejahteraan hidup dari sudut Model PERMA. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan telah yang dijalankan ke atas 127 orang sukarelawan golongan awal dewasa dari pertubuhan-pertubuhan sukarela kebajikan di negeri Kedah. Teori Kesejahteraan Diri oleh Seligman (2011) dan Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura (1986) telah digunakan dalam kajian ini.
Actions (login required)
|
View Item |