Ramli, Noorsyarmalaila
(2018)
Budaya Material Temiar Di Pos Kuala Mu Sungai Siput Perak Dari Perspektif Etnoarkeologi.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian etnoarkeologi yang dilakukan terhadap masyarakat Temiar di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak ini melibatkan kajian lapangan sejak Ogos 2014 sehingga Julai 2015. Tujuan kajian ialah untuk menyelesaikan beberapa isu dan masalah serta persoalan-persoalan yang mencakupi a) corak adaptasi dan persekitaran, b) makna dan simbol, c) kemahiran mencipta budaya material, d) fungsi alat batu pemukul kulit kayu Neolitik dan teknologi menghasilkan pakaian kulit kayu. Bagi mendapatkan data, kajian lapangan yang melibatkan (survei awalan, penyertaan-pemerhatian ikut serta, soal selidik, temu bual dan juga eksperimen telah dilakukan). Data-data kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi dianalisis serta diinterpretasikan.
Actions (login required)
|
View Item |