Wanita Yang Mempunyai Hiv/Aids Dan Pasangan Suami Yang Menyuntik Dadah Di Bandung, Indonesia

Susilowati, Ellya (2013) Wanita Yang Mempunyai Hiv/Aids Dan Pasangan Suami Yang Menyuntik Dadah Di Bandung, Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (302kB) | Preview

Abstract

Wanita merupakan kumpulan yang mudah dijangkiti HIV/AIDS. Secara biologikal dan fisiologikal wanita dua kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan lelaki. Masalah wanita menjadi semakin kompleks apabila mereka berkahwin dengan lelaki yang mengambil dadah secara menyuntik dan pada masa yang sama mempunyai HIV/AIDS. Fokus kajian ini ialah untuk meninjau bagaimana situasi sosial wanita yang mempunyai HIV/AIDS dan pasangan suami mereka yang mengambil dadah secara menyuntik dadah di Bandung, Indonesia. Kajian tentang situasi sosial merangkumi mengapa wanita terus memilih IDUs sebagai pasangan mereka; bagaimana transmisi HIV itu berlaku, apakah pemahaman wanita tentang HIV/AIDS dan bagaimana perkhidmatan sosial yang boleh disediakan kepada wanita yang berada di dalam situasi ini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif yang berpandukan kepada kajian kes. Seramai 12 orang wanita yang mempunyai HIV/AIDS telah dikenalpasti untuk kajian ini. Data yang berbentuk kualitatif telah dipungut dengan menggunakan kaedah temubual yang mendalam, perbincangan kumpulan fokus, pemerhatian langsung, mencatat pengalaman hidup, eco map, dan meneliti dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai HIV/AIDS serta pasangan suami yang mengambil dadah secara menyuntik memiliki hubungan kuasa yang rendah dalam menjalani kehidupan mereka. Situasi ini berlaku kerana mereka mengikut budaya Sunda yang mengamalkan sistem patriarchy. Kajian ini juga melaporkan terdapat tahap pemahaman yang rendah tentang HIV/AIDS dan penagihan dadah.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 07 Mar 2019 02:28
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43580

Actions (login required)

View Item View Item
Share