Arikrishnan, Sankar
(2011)
Pergerakan Sosial Tamil Di Tanah Melayu : 1920-An – 1957.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini mengkisahkan sejarah pergerakan beberapa pergerakan sosial Tamil yang telah ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu antara tahun 1920an-1950an. Dalam tempoh masa berkenaan orang India telah mengalami pelbagai masalah. Orang India yang dibawa oleh British untuk menampung keperluan buruh di Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai masalah seperti upah yang tidak berpatutan, tempat tinggal yang kurang selesa, kekurangan kemudahan-kemudahan asas, pembekalan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang kurang sesuai, tabiat minum todi dan diskiriminasi kasta. Justeru, muncullah pergerakan-pergerakan sosial untuk menangani masalah-masalah ini.
Actions (login required)
|
View Item |