“Suara-Suara Manusia Kecil” Dalam Drama Pentas Hatta Azad Khan Daripada Perspektif Sosiologi Sastera

Ismail, Ghazali (2013) “Suara-Suara Manusia Kecil” Dalam Drama Pentas Hatta Azad Khan Daripada Perspektif Sosiologi Sastera. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (366kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membicarakan dunia kepengarangan Hatta Azad Khan yang cenderung melaungkan “suara-suara manusia kecil” dalam karya drama pentasnya. “Suara-suara manusia kecil” ini merupakan luahan hati, kritikan, ketidakpuasan hati, marah dan rasa berontak golongan bawahan yang didakwanya sebagai golongan yang tertindas dan terpinggir. Data kajian ini difokuskan kepada 10 buah drama pentas karya Hatta yang antara lain terdiri daripada Kerusi (1976), Patung-Patung (1977), Mayat (1978), Stesen (1978), jebat (1982), Syyy!...(1984), Nasib (1986), Muzikal Tanah, Air, Api dan Angin (1994), Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu (2006) dan Muzikal Kampung Baru (2008). Kajian ini berorientasikan teori sosiologi sastera acuan Goldmann bagi merungkai kecenderungan kepengarangan Hatta yang sedemikian rupa. Penemuan kajian memperlihatkan bahawa, Hatta sememangnya pejuang golongan bawahan. Keprihatinan beliau terhadap nasib yang menimpa golongan bawahan yang sering tertindas dan terpinggir, diungkapkan sama ada daripada aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Pada Hatta, drama pentas menjadi wadah penyaluran tanggungjawab sosialnya dalam usaha pembelaan ke atas golongan ini. Setiap mesej yang disampaikan dalam karya mempunyai homologi yang begitu erat dengan realiti hidup yang berlaku dalam sejarah perkembangan negara. Bagi memberikan kesan tersendiri dalam menyedarkan masyarakat umum dan pemerintah khususnya, Hatta mengaplikasikan naratif persembahan drama dengan begitu berkesan sekali.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 25 Feb 2019 01:11
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43452

Actions (login required)

View Item View Item
Share