Pengkaryaan Muzik Bagi Orkestra Simfoni: Gabungan Ciri-Ciri Klasikisme, Romantisme Dan Muzik Abad Ke 20-An

Teng, Hong Wee (2013) Pengkaryaan Muzik Bagi Orkestra Simfoni: Gabungan Ciri-Ciri Klasikisme, Romantisme Dan Muzik Abad Ke 20-An. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (181kB) | Preview

Abstract

Simfoni dihayati oleh orang ramai melalui konsert, rakaman CD, muzik lataran wayang, siaran radio dan tayangan television. Walau bagaimanapun, negara kita kekurangan komposer yang mengkaryakan muzik simfoni. Karya yang kita hayati kebanyakan adalah hasil daripada komposer yang terkenal dalam zaman Klasik seperti Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart dan Ludwig van Beethoven. Persoalannya, "Adakah kita mempunyai karya untuk orkestra simfoni?" Tesis ini adalah berdasarkan pengkaryaan muzik bagi orkestra simfoni melalui kajian terhadap ciri-ciri Klasikisme, Romantisime, dan Muzik Abad Ke 20-an. Tesis ini mengandungi dua buah simfoni, iaitu Simfoni No.1 dalam G major dan Simfoni No. 2- 'Ibu Sichuan'. Simfoni No.1 adalah muzik mutlak yang terdiri daripada tiga gerakan iaitu I. Allegro, II. Andante dan III. Rondo. Simfoni No.1 menunjukkan ciri-ciri lumrah simfoni klasik dari segi bentuk, sistem tonal, harmoni dan orkestrasinya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 22 Feb 2019 00:47
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43429

Actions (login required)

View Item View Item
Share