Saidin, Mustaffa Al Bakri
(2011)
Penyediaan Rumah Mampu Milik Di Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian telah menunjukkan bahawa penyediaan rumah mampu milik (RMM) oleh pihak kerajaan dan swasta di dapati terletak jauh dari tempat kerja dan tidak mempunyai kemudahan awam yang mencukupi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menganalisis perlakuan badan dan agensi kerajaan apabila menyediakan RMM di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menilai sama ada kerajaan benar-benar membangunkannya di lokasi strategik dan menyediakan kemudahan awam apabila berhadapan dengan situasi pemajuan harian. Teknik temu bual kualitatif dimanfaatkan agar kajian secara mendalam dilaksanakan pada bilangan responden yang kecil. Temu bual dilaksanakan dengan kerajaan persekutuan diikuti oleh badan dan agensi kerajaan yang memajukan RMM.
Actions (login required)
|
View Item |