Othman, Muhammad Bisyrul Hafi
(2011)
Sintesis Dan Struktur Sifat-Sifat Hubugan (SPR) Polimida
Yang Mengandungi Segmen Silicoe Untuk Aplikasi Optoelektronik.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Suatu sistem polimida (PI), yang berasaskan monomer BAPP dan BPDA telah disintesis dengan jayanya dan struktur-sifat-sifat-perhubungan (SPR), silikon tersegmentasi yang berperanan terhadap sistem PI telah diselidiki. Dua kaedah berbeza telah digunakan, bagi memperkenalkan segmen Si-O-Si kedalam rantai tulang belakang dan matrik PI, melalui kaedah kopolimerisasi konvensional dan kaedah sol gel, masingmasingnya untuk menyediakan kopolimer poliimidasiloxane (PIS) dan komposit polyimide silika hibrid (PSH). PI yang telah disintesis berperatusan > 80%, mempunyai kelikatan inheren dan berat molekul sederhana dengan taburan berat molekul sempit.
Actions (login required)
|
View Item |