Skema Berangka Untuk Masalah Goursat

Nasir, Mohd Agos Salim (2010) Skema Berangka Untuk Masalah Goursat. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (744kB) | Preview

Abstract

Masalah Goursat merupakan masalah matematik yang melibatkan persamaan pembezaan separa yang mempunyai terbitan bercampur. la ditemui di dalam banyak bidang sains dan teknologi. Beberapa kajian berangka khususnya kaedah beza terhingga telah dilakukan dari pelbagai sudut oleh penyelidik terdahulu berkaitan dengan masalah ini. Di antara skema yang telah dibangunkan terdapat skema yang mengimplimentasi pengiraan menggunakan min harmonik nilai fungsi untuk menyelesaikan masalah Goursat dan keputusan daripada suatu kajian perbandingan yang telah dijalankan mendapati peningkatan tahap kejituan apabila pengiraan menggunakan min harmonik berbanding min geometrik dan min aritmetik. Justeru itu kajian tersebut menegaskan bahawa tahap kejituan sesuatu skema dipengaruhi sesuatu min yang dipilih. Walaubagaimanapun kajian lain telah menunjukkan secara berangka penggunaan rnin aritmetik memberikan penyelesaian lebih jitu berbanding min harmonik.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA1 Mathematics (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Matematik (School of Mathematical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 26 Nov 2018 08:24
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/43021

Actions (login required)

View Item View Item
Share