Kajian Terhadap Proses Penjanaan Pengetahuan Dalam Kaedah - Kaedah Pengajaran Ekspositori Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbantukan Sistem Pengurusan Pembelajaran

Ahmad, Mazida (2010) Kajian Terhadap Proses Penjanaan Pengetahuan Dalam Kaedah - Kaedah Pengajaran Ekspositori Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah Berbantukan Sistem Pengurusan Pembelajaran. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (272kB) | Preview

Abstract

Dari analisis data pelbagai industri terkemuka di Jepun, Nonaka dan Takeuchi (1995) merumuskan bahawa penjanaan pengetahuan meliputi proses-proses interaksi dan transaksi pengetahuan tasit dan pengetahuan eksplisit antara pakar dan novis yang melibatkan proses-proses Sosialisasi (Socialization), Pensuratan (Externalization), Kombinasi (Combination) dan Pensiratan (Internalization) (SECI). Model ini amat menarik namun kajian yang menunjukkan kesesuaian aplikasinya dalam bidang pendidikan masih berkurangan. Maka kajian ini meninjau sama ada model SECI dapat menjelaskan proses-proses penjanaan pengetahuan dalam pembelajaran dalam talian berbantukan teknologi sistem pengurusan pembelajaran (LMS) bagi kaedah-kaedah pengajaran ekspositori dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Penyelidikan ini menggunakan kutipan data secara tinjauan dan melibatkan sampel seramai 495 orang pelajar yang mengikuti kursus-kursus berbantukan LMS dari sebuah universiti di Malaysia. Satu set instrumen dibangunkan berdasarkan petunjuk-petunjuk (indicators) bagi setiap konstruk dalam model SECI yang mana konstruk Sosialisasi sebagai pembolehubah exogenous dan konstruk lain sebagai pembolehubah endogenous.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (Centre for Instructional Technology & Multimedia) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 23 Nov 2018 02:14
Last Modified: 12 Apr 2019 05:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/42993

Actions (login required)

View Item View Item
Share