Zaki, Junaiza Ahmad
(2010)
Sifat-Sifat Anatomi Dan Kimia Kayu Getah
Juvenil (Hevea Brasiliensis) Klon Lateks
Balak Rrim 2009 Dan Rrim 2024.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Di Malaysia, kayu getah (Hevea brasiliensis) telah menjadi salah satu bahan asas
yang penting dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam industri yang berasaskan
kayu. Oleh itu, Lembaga getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan klon-klon
lateks balak untuk menampung kekurangan bekalan kayu getah. Namun begitu,
maklumat mengenainya masih lagi terhad terutama yang berkaitan dengan kesan umur
dan klon yang berbeza. Dalam kajian ini, dua aspek yang dikaji adalah berkenaan
dengan ciri-ciri anatomi dan komposisi kimia terhadap ketinggian pokok dan jarak dari
kulit ke empulur untuk dua jenis klon lateks balak yang berbeza (RRIM 2009 dan RRIM
2024) pada umur yang sama iaitu lingkungan 3 hingga 4 tahun. Keputusan bagi
kepadatan dan diameter vesel menunjukkan bahawa faktor klon dan jarak dari kulit ke
empulur tiada perbezaan yang signifikan kecuali pada ketinggian pokok di mana
bahagian atas mencatatkan kepadatan vesel yang tinggi dan bahagian bawah pula
mencatatkan diameter vesel yang tinggi kerana kedua-duanya saling berkait antara satu
dengan yang lain. Dari sudut keliangan, klon RRIM 2024 menunjukkan nilai yang lebih
tinggi berbanding klon RRIM 2009.
Actions (login required)
|
View Item |