Tat, Yeap Boon
(2016)
Comparison of intraoperative goal-directed fluid therapy between plethysmographic variability index (PVI) - guide and standard invasive monitoring - guided (SIM) during elective neurosurgery.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Latar Belakang :
Pemberian cecair secara berhati – hati adalah penting untuk mencegah komplikasi perioperative.
Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui samada penggunaan plethysmographic
variability index (PVI) akan membimbing penggunaan cecair dan meningkatkan perfusi darah
sebagai mana ditentukan melalui tahap lactate dalam darah.
Metodologi :
Lapan puluh empat pesakit yang berumur antara 18 hingga 65 tahun yang menjalani pembedahan
elektif neurosurgery telah dipilih secara rawak ke dalam kumpulan yang menggunakan PVI
(PVI, n =42) atau Pemerhatian Berpandukan Invasif (SIM, n =42). Di dalam kumpulan PVI,
preload cecair Normal Saline 0.9% sebanyak 500ml diberikan sebelum induksi pembiusan
penuh. Keperluan cecair mereka ditentukann melalui formula Holliday Segar. Seandainya nilai
PVI > 14%, pesakit akan diberikan cecair atau darah, berdasarkan protocol yang telah
dijadualkan. Di dalam kumpulan SIM, preload sebanyak 500ml Normal Saline 0.9% diberikan
sebelum induksi pembiusan. Keperluan cecair mereka ditentukann melalui formula HollidaySegar. Normal Saline 0.9% sebanyak 250ml akan diberikan secara bolus untuk mencapai
keseimbangan hemodinamik yang stabil seperti mana ditunjukkan daripada mean arterial
pressure (MAP) yang kurang daripada 70mmHg dan nadi (HR) yang lebih daripada 100 kali per
minute. Cecair koloid dan darah tambahan diberikan mengikut perubahan nilai pemantauan dan
kadar kehilangan darah daripada badan. Infusi noradrenaline telah diberikan untuk mencapai
MAP lebih daripada 70mmHg di dalam kedua – dua kumpulan jika MAP masih rendah daripada
70mmHg setelah diberikan cecair yang mencukupi. Tahap darah nilai laktat dan elektrolit, data
hemodinamik dan jumlah cecair yang diberikan semasa intraoperative telah direkodkan untuk
kedua – dua kumpulan pesakit tersebut.
Keputusan :
Kumpulan PVI menerima jumlah amaun normal saline dan jumlah Cecair yang lebih rendah
daripada kumpulan SIM. Perbezaan antara min (SD) untuk jumlah amaun cecair yang diberikan
untuk kedua – dua kumpulan adalah signifikan secara statistic [2643.45 (1373.28) vs 4006.76
(2637.51),nilai P 0.004]. Di dalam kumpulan PVI, perbezaan antara min (SD) untuk laktat
sebelum dan selepas pembedahan adalah signifikan secara statistic [1.23 (0.62) vs 1.06 (0.45),
nilai P 0.012]. Perbezaan antara min (SD) untuk nilai sodium sebelum dan selepas pembedahanadalah signifikan secara statistic [137.45 (2.94) vs 139.76 (3.93), nilai P < 0.001].
Actions (login required)
|
View Item |