Saad, Nurul Syuhada
(2017)
Kajian Terhadap Mineral Zirkon Dan Pembuktian Impak Meteorit Di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak Dan Sumbangannya Kepada Pentarikhan.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada bukti impak meteorit di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak berdasarkan perubahan yang berlaku terhadap mineral zirkon. Sebanyak 90 sampel mineral berat telah diperolehi daripada kaedah mendulang sedimen sungai di Bukit Bunuh dan kawasan sekitarnya, serta 10 sampel zirkon daripada batuan suevit, leburan impak dan granit impak di Bukit Bunuh. Kepekatan zirkon di dalam sampel mineral berat ditentukan dengan menggunakan kaedah belauan sinar-X (XRD), pendarflour sinar-X (XRF) dan petrografi, manakala mikroskop elektron imbasan (SEM) digunakan untuk mengenal pasti kehadiran mikrostruktur pada zirkon tersebut.
Actions (login required)
|
View Item |