Suprayitno, .
(2010)
Makam-Makam Diraja Perak: Sumbangannya Kepada Asal-Usul Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Dan Pengaruh Aceh Di Negeri Perak.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Satu kajian sistematik telah dijalankan di Negeri Perak, Riau, Aceh, dan Sumatera Utara, Indonesia dari Mei-Jun 2007, November 2007 dan Mac 2008 untuk menyelesaikan isu dan masalah pengasas Kesultanan Perak, pengaruh Aceh di Negeri Perak berdasarkan kajian pada batu nisan Aceh, kedudukan makam-makam Diraja Perak, dan asal-usul batu nisan Aceh. Pendekatan kajian ini bertujuan untuk menentukan asal-usul pengasas Kesultanan Perak berdasarkan makam-makam Diraja Perak. Kajian akan merangkumi pengenalpastian kawasan sumber batu nisan “batu Aceh”, kedudukan makam-makam Diraja Perak, dan pengaruh Aceh di Negeri Perak berdasarkan kajian pada batu nisan Aceh.
Actions (login required)
|
View Item |