Yahya, Solhan
(2011)
Kajian Elektrokimia Terhadap Perencatan Kakisan Aloi Aluminium Dengan Menggunakan Ekstrak Tanin Bakau Dan Katecin.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Keberkesanan tanin bakau (Rhizophora apiculata) sebagai perencat kakisan bagi aloi aluminium di dalam larutan HCl, NaCl dan H2SO4 telah dikaji menerusi kaedah polarisasi potensiodinamik, pengukuran impedans, kehilangan berat dan analisis permukaan. Keputusan pengukuran polarisasi potensiodinamik menunjukkan tanin berkeutamaan bertindak sebagai perencat katodik di dalam larutan HCl dan perencat anodik di dalam larutan H2SO4 yang masing-masing mencatatkan nilai % IE sehingga 90 dan 80 %. Kajian di dalam larutan NaCl mencatatkan nilai % IE sehingga 80 % dan tanin bertindak sebagai perencat katodik.
Actions (login required)
|
View Item |