Penilaian aras feritin serum di kalangan pekerja pejabat wanita di bandar Kota Bharu

Mustapha, Mohd Rafi and Daud, Wan Nudri Wan (2002) Penilaian aras feritin serum di kalangan pekerja pejabat wanita di bandar Kota Bharu. In: Penilaian aras feritin serum di kalangan pekerja [ejabat wanita di bandar Kota Bharu. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian hirisan-lintang telah dijalankan ke atas pekerja pejabat di Daerah Kota Bharu.Responden terdiri daripada 52 pekerja lelaki dan 70 pekerja wanita yang berumur di antara I 8 hingga 45 tahun.Kajian ini bertujuan untuk mengetahui aras feritin serum dan status zat besi di kalangan mereka.Kajian ini mendapati purata aras hemoglobin di kalangan pekerja lelaki dan wanita ialah masing-masing 15.1 ± 1.3 dan 13.7 ± 1.4.Purata aras feritin serum di kalangan pekerja lelaki ialah 81.2 ± 45.7, manakala di kalangan pekerja wanita ialah 37.2 ± 25.5. Terdapat seramai 3.9% (2 orang) pekerja lelaki dan 7.1% (5 orang) pekerja wanita mengalami kekurangan zat besi tanpa anemia.Manakala terdapat seramai 1.9% (1 orang) pekerja lelaki dan 2.9% (2 orang) pekerja wanita mengalami kekurangan zat besi dengan anemia (kekurangan zat besi yang teruk).Hampir separuh daripada pekerja wanita (47.1% atau 33 orang) didapati mempunyai simpanan zat besi yang rendah (feritin serum 12- 34.9). Masalah simpanan zat besi yang rendah di kalangan pekerja lelaki adalah lebih rendah iaitu seramai 11.5% atau 6 orang. Daripada keputusan kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pekerja wanita adalah golongan yang mempunyai risiko tinggi mengalami kekurangan zat besi. Oleh yang demikian langkah-langkah tertentu patut diambil oleh pihak yang berkaitan dalam menangani masalah ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Zat besi,feritin serum,hemoglobin
Subjects: R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Conference or Workshop Item
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 21 Mar 2020 15:22
Last Modified: 21 Mar 2020 15:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/42607

Actions (login required)

View Item View Item
Share